14 September 2015

Semak iklan Adsense

Semak iklan Adsense. Adakah blog atau website anda telah memasang iklan dari Google Adsense? Sudah pastikan ianya berfungsi atau pun tidak? Jika tidak pasti, disini ada perkongsian dimana anda boleh semak iklan Adsense yang dipasang di blog atau website anda.

Untuk info, semenjak Google menyenaraikan bahasa Melayu dalam sistemnya, maka semakin banyak blog dan website berbahasa Melayu membuat permohonan memasang iklan Adsense dari Google ini. Kebanyakannya telah pun berjaya disahkan oleh pihak Google. Ada yang telah disahkan untuk tempoh yang singkat. Ada juga mengambil masa sehingga sebulan untuk disahkan.

Oleh itu, disini anda akan dikongsikan bagaimana cara hendak semak iklan Adsense di blog yang telah dipasang tadi. Tujuannya adalah untuk memastikan iklan yang dipasang sesuai dan serasi dengan tema blog anda. Ini kerana walaupun blog anda telah disahkan oleh pihak Google, pasti anda akan tertanya-tanya kenapa tidak keluar iklannya. Biasanya perkara ini sering terjadi kepada blog-blog baru. Cara untuk menyemak adalah mengunakan Google Adsense Sandbox. Apa yang perlu anda buat ialah masukkan URL blog anda dalam ruangan yang disediakan di sini;

[+] Google Adsense Sandbox

Menerusi cara ini juga, anda akan mengetahui bahawa jenis iklan atau saiz banner yang mempunyai iklan Adsense yang diiklankan di dalam blog anda. Untuk itu, jadikan ini sebagai panduan untuk memilih saiz banner Adsense yang bersesuaian dengan tema blog anda agar dapat memaksimumkan pendapatan sampingan atau buat duit dari Adsense anda.

Semoga perkongsian entri semak iklan Adsense di blog ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak info mengenai pengiklanan Adsense. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment